SEMESTINYA, calon berpakaian sopan dan bertatatertib. Wajib memakai kasut. Sentiasa tenang dan jangan sekali-kali kelam-kabut atau menggelabah. Jikalau perlu, tarik nafas dalam-dalam dan lepaskannya sebelum bermula. Kebanyakan punca gagal (hampir 99%) adalah kerana kelam-kabut, menggelabah menyebabkan terlupa apa yang telah dipelajari sebelum ini. Selagi anda dalam keadaan tenang dan waspada, selagi itulah tidak ada masalah untuk lulus dengan cemerlang.
Jikalau anda orang Islam, jangan sekali-kali lupa memulakan dengan "Bismillah..."
Buang serta-merta ingatan anda kepada kegagalan-kegagalan semasa belajar memandu. Sebaliknya, gantikan serta-merta dengan kejayaan-kejayaan semasa belajar memandu. "Mainkan" berterusan tanpa henti kejayaan-kejayaan semasa belajar memandu, sebaik sahaja anda mula menunggu giliran hinggalah selesai ujian.
Di bawah adalah tip-tip untuk kejayaan semasa ujian di atas jalan raya:
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bagi signal ke arah hendak belok. Pastikan tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak. Jangan terburu-buru atau tergesa-gesa.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat selekoh, persimpangan had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj, namun sebaiknya kekalkan 30 kmj dengan gear 3. Kawal stereng dengan baik dan elakkan dari tidak stabil. Beri laluan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja. Semasa berhenti di lampu isyarat, tukar gear kepada 'free'. Tarik 'hand brake'. Jikalau lampu isyarat tersebut adalah cerun mendaki, masukkan gear 1 dan buat imbangan 'clutch' dan 'minyak' yang dipelajari di dalam litar ketika mendaki cerun/bukit. Lepaskan hand brake dan jalan dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan kanan dan kiri di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2 atau 9 dan 2. Juga pasti semasa memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang stereng dengan satu tangan apabila menukar gear sahaja.
Memandu dengan tenang semasa di jalan raya. Kebanyakannya gagal dalam ujian jalan raya adalah kerana kelam-kabut, menggelabah dan terlupa apa yang dipelajari sebelum ini. Apabila sampai balik ke litar, berhentikan kenderaan dan tarik 'hand-brake'. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
KESALAHAN-KESALAHAN YANG DISANGKA KECIL:
Di dalam kertas ujian yang dipegang oleh penguji tersedia 20 kotak. Setiap kali betul, kotak itu akan ditanda. Contoh kesalahan kecil yang menyebabkan ditolak 1 markah untuk 1 kesalahan:
1. Tidak menguji lampu isyarat, pengelap cermin berfungsi atau tidak, tidak membetulkan tempat duduk ataupun terlupa memakai tali pinggang keledar yang menjadi satu kesalahan mandatori.
2. Berhenti di simpang tiga dan tarik brek tangan serta bebaskan gear tetapi kaki anda tidak menekan pedal brek semasa menunggu.
3. Tidak membetulkan cermin sisi dan pandang belakang.
Elakkan sama-sekali kesalahan-kesalahan yang disangka kecil itu. Sebelum memulakan ujian, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, 10 perkara ini mesti dilakukan mengikut urutannya:
1. Betulkan/selaraskan tempat duduk
2. Betulkan/selaraskan cermin sisi kanan
3. Betulkan /selaraskan cermin pandang belakang (cermin tengah)
4. Betulkan/selaraskan cermin sisi kiri
5. Pakai tali pinggang keledar (mandatori)
6. Signal kanan
7. Signal kiri
8. Signal kanan kiri serentak (depan stereng)
9. Lampu depan
10. Pengelap cermin
CONTOH KESALAHAN-KESALAHAN MANDATORI PENYEBAB UTAMA GAGAL:
1. Tidak menarik hand-brake dan bebaskan gear (free gear) ketika berhenti di simpang tiga.
2. Terus memandu semasa lampu isyarat menunjukkan warna merah.
3. Memandu melebihi 60km sejam.
4. Menukar lorong tergesa-gesa dan membahayakan.
5. Melanggar garisan pembahagi di tengah-tengah jalan.
6. Terlupa memberi isyarat semasa hendak membelok dan memotong.
7. Tidak berhenti di simpang tiga atau berhenti tetapi di atas atau terlebih garisan berhenti.