Sudah menjadi kebiasaan kepada pemandu yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan. Antara tabiat yang menjadi kelaziman ialah :
- Pemandu menggunakan jalan raya sebagai tempat berlumba. Sering memandu kenderaan melebihi daripada had laju yang ditetapkan dengan alasan untuk mengelakkan mengantuk semasa memandu.
- Menjadi kesukaan pemandu mengekori atau memandu kenderaan hadapan dalam keadaan amat rapat sehingga memungkinkan kemalangan sekiranya kenderaan di hadapan 'membrek' secara mengejut.
- Tidak mengambil kira peraturan lalu lintas semasa di simpang jalan. Keluar dari simpang secara melulu mungkin menyebabkan kenderaan anda dilanggar.
- Membunyikan hon di kawasan yang tidak sepatutnya juga mengganggu ketenteraman awam terutama di Hospital atau Sekolah. Belajarlah untuk menghormati orang lain.
- Memandu perlahan di lorong kanan atau lorong untuk memotong juga boleh menyebabkan kemarahan kepada pemandu lain yang ingin memotong menggunakan lorong tersebut.
Anda Mampu Mengubahnya